Kehadiran bintang popular Korea, Psy yang mencetuskan fenomena
melalui lagu 'Gangnam Style' di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia
pada Isnin lalu telah mengundang reaksi pelbagai pihak.
Datuk Siti Nurhaliza merupakan antara artis tempatan yang terpanggil untuk mengulas mengenai persembahan Psy itu. Jelas Siti, peluang harus diberikan kepada artis tempatan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan.
“Bukan menolak kedatangan artis dari luar negara. Saya sendiri menghargai bakat-bakat dari luar namun mengapa tidak kita memberikan peluang tersebut kepada artis tempatan. Selain mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk artis luar, mengapa tidak kita mengiktiraf bakat tempatan sendiri,” ujar Siti ketika ditemui di Hotel Royale Chulan baru-baru ini.
Tidak ingin dikaitkan dengan isu politik,Siti menjelaskan dia memberikan komen sebagai anak seni dan juga kerana jiwa seni yang mengalir dalam dirinya. Selain Siti, beberapa artis lain turut memberi pendapat tidak begitu bersetuju dengan kehadiran Psy itu. Salah seorang daripadanya sudah pastilah Presiden Seniman, Zed Zaidi. Melalui tweetnya, Zed memberitahu adalah lebih baik peruntukan sebanyak RM 2 juta itu diberi kepada artis Malaysia.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar