Teater terbaru yang bakal dipentaskan di Istana Budaya berjudul
'Asmara Songsang' dijangka mengundang kontroversi. Bukan sahaja kerana
judul pementasan itu, tetapi juga kerana beberapa adegan yang mungkin
menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.
Teater ini mengisahkan tiga sahabat Latip, Karimah dan Nasir yang terjerumus ke dunia songsang dan bergelumang dengan dosa dalam kehidupan seharian mereka. Mereka juga cuba mengembangkan pengaruh ke arah maksiat dan akhirnya ditimpa musibah apabila disambar petir. Kejadian itu bagaimanapun membuatkan mereka insaf.
Teater muzikal ini membariskan para pelakon seperti Dato' Jalaluddin Hassan, Kamal Adli, Radhi Khalid, Julia Ziegler, Razak Ahmad, Chef Yang Jamil dan bakat-bakat muda yang masih hijau dalam bidang pementasan teater.
“Saya terpanggil untuk membantu kerajaan demi menentang gejala lesbian, gay, biseksual and transgender (LGBT) yang semakin menular dalam masyarakat kita sekarang ini. Niat saya adalah jujur dan cuba untuk memaparkan realiti kehidupan ketika ini. Dalam masa yang sama, pementasan ini juga bertujuan untuk membuka mata masyarakat untuk membendung pengaruh yang semakin berleluasa di kalangan anak-anak muda kini,” ujar pengarah teater, Rahman Adam ketika sidang media pementasan ini di Istana Budaya, pada Khamis.
Rahman juga menegaskan bahawa teater ini diwujudkan bukan bertujuan untuk tujuan komersial atau mengaut keuntungan tetapi lebih kepada melaksanakan tangungjawab sosial.
'Asmara Songsang' boleh ditonton secara percuma di Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac ini serta bakal dipentaskan di seluruh Malaysia. Penerbit teater itu, Norazman Hussain Sahib Marican memberitahu pihaknya mempunyai tempoh tujuh bulan untuk memastikan pementasan ini berjaya mengikut perancangan.
sumber : gua.com.my

Tidak ada komentar:
Posting Komentar