Minggu, 17 Februari 2013

Shila Amzah Tercalon Di Kids Choice Awards 2013

Biarpun sedang berdepan dengan kemelut percintaan, namun rezeki Shila Amzah tidak pernah putus dan bakatnya terus mendapat pengiktirafan.

Terbarunya, juara Asian Wave 2012 ini telah tercalon di Nickelodeon Kids' Choice Awards 2013 yang bakal berlangsung pada 23 Mac ini di Los Angeles, Amerika Syarikat.


Tercalon di dalam kategori Favourite Asian Act, Shila bersaing dengan tiga artis lain iaitu Psy (Korea), Han Geng (China) dan Sarah Geronimo (Filipina) untuk trofi tersebut.

Tahun lalu, Yuna telah tercalon di dalam kategori yang sama tetapi tewas kepada Charice dari Filipina.
sumber : gua.com.my

Tidak ada komentar:

Posting Komentar