Minggu, 17 Februari 2013

Siti Tak Sokong Psy?


Kehadiran bintang popular Korea, Psy yang mencetuskan fenomena melalui lagu 'Gangnam Style' di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia pada Isnin lalu telah mengundang reaksi pelbagai pihak.
Datuk Siti Nurhaliza merupakan antara artis tempatan yang terpanggil untuk mengulas mengenai persembahan Psy itu. Jelas Siti, peluang harus diberikan kepada artis tempatan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan.

Siti Nurhaliza Masih Bercuti


Disember lalu, kita dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa suami Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K ketika menunggang motosikal berkuasa besar di New Zealand. Siti yang ketika itu terlibat dengan siri jelajah konsert di Indonesia terpaksa membatalkan konsertnya di Banjarmasin pada saat-saat akhir.

Asmara Songsang Sentuh Kehidupan LGBT


Teater terbaru yang bakal dipentaskan di Istana Budaya berjudul 'Asmara Songsang' dijangka mengundang kontroversi. Bukan sahaja kerana judul pementasan itu, tetapi juga kerana beberapa adegan yang mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.
Teater ini mengisahkan tiga sahabat Latip, Karimah dan Nasir yang terjerumus ke dunia songsang dan bergelumang dengan dosa dalam kehidupan seharian mereka. Mereka juga cuba mengembangkan pengaruh ke arah maksiat dan akhirnya ditimpa musibah apabila disambar petir. Kejadian itu bagaimanapun membuatkan mereka insaf.

Shila Amzah Tercalon Di Kids Choice Awards 2013

Biarpun sedang berdepan dengan kemelut percintaan, namun rezeki Shila Amzah tidak pernah putus dan bakatnya terus mendapat pengiktirafan.

Terbarunya, juara Asian Wave 2012 ini telah tercalon di Nickelodeon Kids' Choice Awards 2013 yang bakal berlangsung pada 23 Mac ini di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Julia Ziegler Akui Sedang Bercinta


Pelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman-Amerika Syarikat,Julia Ziegler seakan menyepi dari dunia lakonan. kemunculannya di sidang media teater 'Asmara Songsang' memberi kesempatan kepada pihak media

Star Chat Bersama Zivilia Band, 18 Feb @ 11 Pagi,


Ramai yang mungkin tidak begitu mengenali Zivilia Band tetapi jika disebut judul lagu popular mereka, "Aishiteru", rata-ratanya kenal, malah pernah menyanyikan lagu ini baik di karaoke ataupun bila ia dimainkan di radio.